Kadang2 nafsu bergelojak nak ada duit banyak.
Bahkan selalu hati berkata untuk terus bercita-citakan kekayaan.
Bahkan selalu juga akal ligat berfikit untuk mengecap cita2 untuk kaya.
Bahkan tubuh seringkali juga berusaha untuk mencapai kekayaan.
Bahkan mata melihat apa2 sahaja yang boleh membantu mencapai duit yang banyak.
Bahkan kaki mendorong ke tempat2 yg boleh membawa kepada kaya (kononnya).
Rezki itu perlu. Ya.
Untuk apa?
Untuk terus hidupkah?
Untuk puaskah?
Untuk menunjuk-nunjuk kah? Mungkin tidak.
Ya. Untuk puas. Tapi sejarah manakah yang pernah mencatat bahawa manusia itu kenal erti puas? Tak ada. Langsung tak ada.
Mungkin..hakikat hidup ini untuk memberi sebanyak-banyaknya.
Biar tiada apa pun yang tinggal.
Bukan menerima sebanyak-banyaknya.
Sampai tiada tempat lagi yg tinggal untuk disimpan.
Ya. Itulah dia sebenarnya. Hidup ini untuk memberi sebanyak-banyaknya.
Bukan menerima.
Mus'ab Mustafha.
Mencintai ayahanda dan bondanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum...yang pasti bila biasa dan banyak memberi..kita pasti banyak menerima drp sumber yang x di sangka2..yang pasti juga bila kita x memiliki apa2 kita pasti x dapat nak memberi...bila kita x ada ruang kosong dek kerana x pernah memberi macamana kita punya ruang untuk menerima bila kita diberi sesuatu...maknanya begitu penting untuk kita memberi agar ada ruang kosong untuk kita menerima...alhamdulillah...teruskan perjuangan..
Post a Comment