Cerita karut dari London.

|

Dah lama betul tak menaip. Harini rase betol nak menulis sesuatu. Tapi tentang apa ya? Apa perkara menarik yang boleh dicoret dan tak membosankan pembaca? ishk. fikir kembali kenapa blog ini ditulis. begin with the end in mind. ya. saya ingat kembali. saya ini pensel yang sudah sedia tajam tetapi masih ingin menajamkan mata pensel saya. kenapa? sesuatu yang tajam tidak semestinya betul2 sudah tajam tapi perlu berhati2 kerana selalunya pensel yang teramat tajam akan berkesudahan dengan patah.

 

baik.Hentikan semua karutan ini.

 

Jumaat lepas saya dan 8orang rakan yang lain membuat keputusan gering untuk pergi ko kota london. Tujuannya mudah, mencari rakan baru di Malaysian Hall London dan sudah tentu melempiaskan rindu dengan ketupat lemang dan rendang.

 

Kami bergerak dari Newcastle jam 12 tgah malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6jamsetengah. Siksa sungguh duduk dalam coach 2. to be honest, bas di malaysia jauh lebih baik dari sini. sakit betul belakang rasenye. cuma, mereka amat menepati waktu.

 

Kami tiba di London Victoria Station lebih kurang jam 6pagi. Aduh mana pulak nak solat? Sayang sekali rakan2 saya ini tak berapa endah dengan perkara itu.Hrm.Sedih betul. Saya ambil keputusan untuk ke tandas yang amat mahal (50pence=3.50rm) dan mengambil wuduk langsung solat di tepi jalan. ya, tepi kaki lima. orang tak pelik?sudah tentu mereka pelik apa yang saya buat tertonggang terbalik pagi2 buta dalam kesejukan?tapi ini yg saya janji pada diri ini, tak kira macam mana saya perlu ikhtiarkan, saya akan pastikan saya solat sepertimana yg diwajibkan ke atas diri saya.

 

Nak check in accomodation masih terlalu awal, jadi kami mengambil keputusan untuk bersiar2 menghirup udara pagi. Tiket tren berharga 7pound untuk kegunaan sehari suntuk. terasa agak mahal pada mulanya tapi ianya sangat berbaloi sebenarnya. LONDON UNDERGROUND, pengangkutan awam yang sangat berkualiti.sangat pantas, menjimatkan masa dan tepat pada waktu.

 

Kami berjalan2 di sekitar Oxford Street, Paddington, Westminster, Baker Street dan beberapa perhentian lain. Big Ben, House of Parliament, HorseGuard, Westminster Abbey, London Eye adalah antara tempat yang saya ingat. Ada beberapa monumen lain, tapi sukar untuk saya ingat kembali nama2 tersebut.whoa. Nak cerita pun susah, nati tengok saja gambar ya!

 

Jam hampir pukul 12, kami bergerak ke tempat penginapan. Agak jauh dari Central London, lebih kurang 45minit dari statio Baker Street. Kami bergerak ke Kensal Green dan biasalah, backpackers murah 8pound seorang untuk satu malam, amat teruk kualitinya dan patutlah murah, kubur sebesar2nya dekat belakang bilik kami!

 

Letak barang, kami mengambil keputusan untuk pusing2 satu london. Tapi, sesi petang ni saya cuma berdua dengan Epul, yang lain mengambil haluan masing2.nak tahu mana kami pergi?kami berkunjung ke Westminster semula, ambil gambar, kemudian ke London Tower Bridge malayankan impian gila Epul. Hahahaha. Tanya saya?apa tempat yang paling saya impikan untuk pergi di London?sudah tentu Abbey Road. Hahahahaha.Sempat juga ambil gambar tapi syang sekali 3orang lagi ahli kugiran saya tidak dapat bersama.ishk.Sory dude.Satu hari nanti kita akan ke sini lagi.dapat juga lah conteng dinding Abbey Road Studio, milik lagenda The Beatles. I'm living in the yellow submarine.hahahahah

 

Hari pun dah gelap, kami terus pulang ke hostel.

 

Hari Ahad pagi, terus bergerak ke Malaysian Hall punye gathering. Jumpa ramai juga kawan di sana. Tapi biasalah. Malaysian Hall tempat kumpul budak2 Umno. Mereka agak sosial. Banyak benar cerita yang bagi saya amat sedih. Apa yang sedih?Hrmm..saya kurang pasti samada saya perlu tulis di sini. Tapi, salah satunya, ada seorang brader yang dengan selamba kata "Gua tak pernah puase pun duk kat sini.raye bile pun gua tak tau.yang gua tau, open house gua datang makan".Sedih atau gembira baca ini?entah lah. tapi yang pasti, teka teki saya terjwab mengenai ustaz2 yang mengambil keputusan meneruskan usaha dakwah disini, bukan di malaysia. Moga Allah merahmati dan meredhai usaha anda sekalian.

 

Itu sahaja mengenai London. 2hari amat singkat. Kami terus pulang.

 

Ha! ada lagi satu ceriita.dalam perjalanan pulang, kami singgah rehat di Nottingham. Drebar bas tu dah cakap, berenti setengah jam. Tapi kami lambat. Habis saya dimakinya. Tapi kisahnya di sini, salah seorang dari kami kena tinggal dengan selambanya di tengah highway tu.lucu juga.kesian pun ada juga. Bayangkan anda kena tinggal di tengah highway dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur? Hahahaha.Ini kisah benar. Dahlah di negara orang.Lucu sungguh.Tapi selamat juga dia sampai naik bas seterusnya.

 

Itu saja untuk kali ini. Di sini saya titipkan beberapa gambar. Maaf ya kalau post kali ini agak serabai dan membosankan!

 

3 comments:

Anonymous said...

Wah seronoknya berjalan di negeri orang :) Selamat Hari Raya

tajamkannuraniku said...

Salam syawal..salam sayang..
moga pengalaman perjalanan ke London dan sebagai musafir memberi banyak pengajaran dan kesan mendalam dalam hati..dimana pun kita berada bila kita ingat siapa diri kita, dari mana kita datang dan apa tujuan kita hidup dan berada didunia ini pasti kita tidak akan tersesat..

sama saja perjalsnan dan musafir didalam hutan yang selalu abang jelajahi sebelum ini termasuklah pendakian gunung kinabalu..semua itu menggambarkan kepada kita selagi ada petunjuk dan kompas, ada keyakinan, kemahuan pasti kita ketemu jalan keluar..begitulah kita bukan ddalam hutan saja kita mudah sesat malahan di dunia , dibandar yang serba canggih lagi manusia mudah sesat bila tiada petunjuk dan kompas dalam kehidupannya.. muslim beruntung.. dgn limpah kasihsayangnya Dia telah turunkan AlQuran dan dipersembahkan secara praktikal oleh Rasulullah saw yang menjadi petunjuk, kompas dan ikutan serta pegangan kita di mana jua kita berada..selamat mempertajamkan nuranimu..mg ia sentiasa subur dan hidup..

Nur Suaidah Bachok said...

wah!!best gler wwooo...
hahaha..jeles2!!cm sronok abes je kn..?tp dlm hati..?moga,dpt kesempatan amek pengajaran sepanjang perjalanan tuh..yg penting ade mention td,solat jgn tgl..hehe=).salam sayang dr tanahair..ahad ni ade openhouse alumni ESQ kt s.alm ni..blh la aku melantak mkn..hehe.k la,takecare!salam..

Post a Comment