Selamat Hari Babah

|
Dah lame tak menulis since last entri.
Bukan ape, writing is not really my hobby.
Menulis bila rasa nak.

Entri ni khas untuk babah, xtau la babah bace ke x.
Haritu babah was some sort of sarcastic time bagi duit die ingat org tak ingat Hari Babah kot.Heheh. Padahal belum masenye pun lagi. Haritu tulis poem utk mama, this one special for Him, my beloved Babah.

Tajuk : Babah

Yang azankan abang masa baru bertemu dunia..Babah.
Yang salinkan lampin abang masa mama dalam pantang..Babah.
Yang bwak abang jalan2..Babah
(kita ke Mimaland petang2 masa puasa, kita pegi Titiwangsa, kita pegi Genting Highland, kita pergi Langkawi, kita pegi Pangkor, kita pusing2 satu Malaysia. Adik2 yang lain semua xmerasa)
Yang layan abang ke hulu ke hilir..Babah (ingat lagi babah cerita masa tu nak naik keretapi dari segamat, sampai Sg Besi mengamok pulak nak naik kapal terbang)
Yang abang cari bila nak apa2..Babah
Bila abang merungut nak kereta, yang beli..Babah
Bila abang merungut nak motor, yang bagi duit..Babah
Laptop yang abang buat type ni pun yang belikan..Babah
Bila abang merungut nak beli itu ini, yang pening cari duit.. Babah
Tapi,..
Abang sedar brape kali sangatlah abg bersusah payah untuk babah..
Babah bagi duit, abang pegi beli rokok.
Babah bagi duit, abang pegi main game.
Babah bagi duit, abang pegi enjoy ngn kawan2.
Abang minta maaf bah.
Abang ingat lagi masa tu..
Darjah 1, yang hanta abang daftar, berpusing kehulu kehilir..Babah
Darjah 2, pindah sekolah, yang pimpin tangan lintaskan jalan pagi2..Babah
Tingkatan 1, result UPSR abang tak bagus, yang turun naik PPD cari sekolah utk abang..Babah
Daftar sekolah tingkatan 1, yang bertungkus lumus uruskan transport..Babah
Tingkatan 2, yang pening abang merokok..Babah (lama babah simpan rahsia tu dari Mama)
Tingkatan 3, yang pening abg bawak kawan2 balik apartel..Babah
Tingkatan 4, yang drive jauh2 hanta pegi sekolah baru..Babah
Tingkatan 5, yang pening datang jauh2 setlekan abang nak kna gantung sekolah..Babah
Habis Form 5, dapat masuk UIA, walaupun masa tu Babah xhantar, tp abg tau Babah seronok betul masa tu. Babah belikan abang kereta. Babah ingat x?
Abang eksidenkan kete mama, yang paling rilek mase tu..Babah
Yang berhabis duit selesaikan kete tu..Babah
Lepas tu abang kena buang. Yang pening buat rayuan..Babah
Yang pening tolong cover..Babah
Yang kecewa..Babah
Sekali lagi, abang minta maaf bah..
Lepas tu masa tu abang amik STPM. Lama jugak babah tak bercakap dengan abang.
Lama jugak abang tak minta langsung duit dkat babah.
Lama jugak tak duduk bergurau dengan Babah. Abang tau babah marah.Ampunkan abang.
Masuk UiTM, yang hantar abang ke Kuching, babah..
abang ingat lagi babah bagi envelope dalam tu ada 3ratus, babah tulis short note.
"Ni je yang babah mampu bagi buat masa ni. Belajar sungguh2"
Babah langsung xungkit abang kena buang UIA.
Babah langsung xungkit duit yg habis babah belanjakan kat abang.
Pada masa yang sama, adik2 yang lain pun babah nak kena suapkan.
Masa tu air mata ni xtahu nak hentikan macamana.
Sebak, terharu, sedih dan macam2 lagi. Abang janji masa tu abang akan buktikan sesuatu.
Alhamdulillah, abang tamatkan UiTM dengan cemerlang berkat doa Babah.
Tapi terbalas ke, berbaloi ke, worth it ke dengan apa yang Babah habiskan?
Habis UiTM, abang tau babah harapkan abang boleh bantu Babah, bantu adik2.
Sekali lagi, abang sibuk nak kikis Babah lagi.
Bukan sikit, abang mintak pegi UK pulak.
Yang jenuh cari scholar..Babah
Yang jenuh naik turun bank nak buat loan..Babah
Yang jenuh masuk Parlimen, jumpa menteri sana sini..Babah
Tapi xberjaya. Babah ingat x camne muke Pengarah MARA tu?
Sekali lagi, babah jugak yang keluar duit.
Sekarang,
abang dekat sini.
Tapi masih lagi mengharap babah.
Sikit2, babah.
Abang minta maaf bah. Bagi abang sikit masa lagi, insyallah, abg ganti tempat babah.
Bukan duit yang nak abang timbulkan,
tapi betapa sebenarnya abang bergantung harap dekat babah.
Dalam masa yang sama, entah brape banyak kali abang lukakan hati babah.
kalaulah luka dekat hati tu boleh nampak, abang xtau berapa banyak parut yang
disebabkan abang.
Abang ingat lagi mase tu betape marahnye Babah, babah ckap;
"Kau ni, kalau aku picit kecik2 dulu, mati senang2 je kau tau x!
Ni dah besar, bukan main lagi perangai kau!."
Sekali lagi, ampunkan abang.

Yang menjadi hero dalam perjuangan ni, xlain xbukan, Babah la orangnye.
Abang letak Babah lagi tinggi dari TGNA, TGHH, almarhum ustaz Fadhil dsb/
Abang letak babah lagi tinggi dari org lain.
Kenapa? Sbb abg tau sejauh mana tulus, setianya Babah.
Sebab abg nampak dengan mata kepala abg sendiri macamana babah berjuang.
Sebab abg tau atas dasar apa babah berkorban sampai tahap macam ni sekali.
Sebab tu antara ramai2 adik beradik, abang sekali pun xpenah bising babah jarang ada rumah.
Muaz pun merungut dulu susah nak jumpa Babah kecuali hari Jumaat.
Kakak lagi la, Babah ingat x lagi dia merungut "PEJABAT, PEJABAT, PEJABAT!"
Maya, Mundzir, Yam, Hajar, Mujib, Mujahid semuanya paling kurang sekali mesti mengeluh sebab babah mesti selalu xde kat rumah.

Tahun ni,
Abang xpandai nak raikan babah.
Abang xpandai nak bagi hadiah2 macam Muaz bagi
Abang xpandai nak tnjuk betapa abang hargai Babah.
Tapi, Abang janji, balik ni, abang picit kaki Babah (dan xkan merungut langsung) Hihihihi
Moga doa Babah terus meletakkan abang di bawah lindunganNya
Selamat Hari Babah.
Buat Babahku yang tercinta.

Anak sulungmu, Newcastle Upon Tyne, United Kingdom.

3 comments:

dariana said...

saya baca habis catatan ini. saya penah menjadi anak yg nakal dgn arwah ayah dulu. kini saya punya anak yg agak nak semacam anda. alhamdulillah saya berjaya ke u dan juga anak saya itu juga baru masuk u. moga anda berjaya membawa pulang kejayaan sebagaimana harapan saya kepada anak saya. anda anak yg baik.

pensel tajam said...

sekali lagi, terima kasih.
moga doa menjadi payung dan asas kukuh untuk saya.

ex-roOmate ko~ said...

aku baru bukak n bace page nie mus....
aku pun xtau ape yg aku rase!!huhuhu...
macam2...huhuhu~

Post a Comment