Yang kubanggakan..

|
Arghh!!!!sory la..aku memang xleh tahan tangan gatal sungguh nak menulis cite politik. Sory la cik faiz kalau bagi link blog saye kat budak2, tapi inilah saya dan sungguh, tak boleh langsung nak berpura-pura lame2 sangat. By the way, takde politik sgt pun. Tapi sungguh, aku kagum..Sebab tu kenape PAS yang aku pilih sekarang ni.  Maaf rakan2 ku..Ini negara demokrasi. UMNO korup yang kau pilih, PAS yang perjuangkan Islam yang aku pilih. Suke ati aku la!

Aku nak berkongsi bende ni je pun.. Ape yang Malaysia ade selama ni? Dan aku pasti tak ramai yang tahu.. Wahai warga Malaysia! Berbanggalah ada orang seperti ini yang memikirkan kamu dan masa depan kita bersama!!!! Masa depan? Apa sibuk dengan masa depan orang lain? Tulah hidup. Kita hidup, lepas mati kita jumpe lagi. Moga2 bile kite jumpe lepas mati nanti, janganlah kelihatan terok bebenor berbanding kite hidup ni. Bace ok?

* Ustaz Abu Bakar al Baqir ( 1907 – 1974 ) menegaskan pandangannya demi memastikan Tanah Melayu sebagai Darul Islam pada tahun 1948 :

“ dalam Islam telah cukup syarat – syarat yang membawa kepada keselamatan dunia dan akhirat sekiranya seluruh umat Islam mengamalkannya. Islam lebih demokrasi dari demokrasi dan lebih baik dari segala yang baik ”

* Dr. Burhanuddin al Helmy ( 1911 – 1969 ) telah menegaskankan dihari Pembukaan Mesyuarat Agung PAS ke 12 ( 1964 ) bahawa :

“ dalam pergolakan politik di tanah air kita ini , PAS muncul dengan cita – cita kenegaraan Islam . Cita - cita ini wujud dan diperjuangkan berdasarkan keyakinan hidup beragama dalam kalangan pendukung PAS . dinyalakan oleh sinar sejarah nabi saw dan sahabatnya yang telah Berjaya membentuk Negara dan pemerintahan yang bercorak dan berhukumkan Islam dan pentadbirannya.”

ΓΌ Dato’ Profesor Zulkifli Muhammad ( 1927 – 1964 ) dalam Suara Islam 15 Mei 1957 menulis :

“ Tugas menegakkan sebuah Negara Islam yang di dalamnya ideology Islam dan segala undang – undang di dalamnya , adalah kewajiban pokok yang harus diperjuangkan oleh tiap – tiap mereka yang bernama muslim , lebih – lebih lagi parti Islam seperti PAS .”

* Tuan Guru Yusof Rawa ( 1922 – 2000 ) di dalam ucapan Dasarnya dalam Muktamar Tahunan PAS ke 35 ( 1989 )

“ Kita memilih penyertaan dalam pilihanraya sebagai satu pendekatan untuk mencapai matlamat perlaksanaan Islam bersama dengan program tarbiyyah yang berterusan dikalangan ahli dan masyarakat sebagai program yang utama dan asasi ”

* Tuan Guru Hj. Fadzil Noor ( 1937 – 2002 ) menegaskan :

“ PAS sebagai sebuah Jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat , adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia . Ia bersama – sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir , Jamaat Islami di benua kecil India , Refah party di Turki , FIS di Algeria , HAMAS di Palestin dan lain – lain Harakah islam di seluruh dunia , mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam.”

* Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat ( 1931 – sekarang )

“ Kita sangat menekankan Islam kerana hanya dengan Islam sahajalah masyarakat Islam dan belum Islam akan bahagia dan selamat . islam bukan sifat menginayai tetapi ia penuh dengan rahmat dan kesejahteraan kerana ia diturunkan oleh Allah swt melalui nabi saw yang bersifat dengan rahmatan lil a’lamin . “ rujuk OFF ROAD Nik Abdul Aziz Nik Mat m/s 39

* Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ( 1947 – sekarang ) berani menegaskan sewaktu berada di puncak kuasa Kerajaan negeri Terengganu pd tahun 1999 :

“ saya rela kerajaan ini tumbang demi menegakkan Islam tetapi tidak sanggup melihat ia tumbang kerana rasuah dan penyelewengan .”

Alfatihah untuk para pemimpin tersayang. Walaupun aku ni xhidup dan involve dalam perjuangan pada timeframe yg sama, semua menjadi idol dan contoh buat aku.Wala' tanpa belah bagi untuk Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Tuan Guru Presiden.

0 comments:

Post a Comment