GELANG OH GELANG

|
Pagi ni dapat satu email.Email2 biase mengenai nasihat2 tentang hidup dan apa yg patut kita ambil iktibar. sambil2 delete email2 lain yg x berkenaan tu, tetibe aku bukak satu email. ya allah ampunilah aku.

Lelaki haram pakai gelang tangan. atas apa alasan sekalipun. perubatan? sudah lah.. come on lah.. jadilah lelaki. kite tak perlu sume tu..

Tak percaya ke?

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".
Rasullullah bersabda,"Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Jahil sungguh aku. Ya allah ampunilah aku. Malaysia? apa fenomenanye?

Haaaaa. Pemakaian gelang oleh kaum lelaki di Malaysia ini bukanlah fenomena baru malah orang buat tak peduli je. Ustaz2, pegawai2 kerajaan, termasuklah Perdana Menteri saya yg bijak pandai itu, sesungguhnya mereka telah terpedaya dengan perancangan musuh yg mahu menghancurkan Islam. 

Ingatlah, apa alasan sekalipun, perubatan ke, kayu kokak ke, ape ke, xpayah la nak cari alasan menghalalkan perkara yg kite suke walhal hakikatnye takde faedah hape pun. Rasulullah dah kate camtu, then ape lagi? Islam ni kan komprehensif, sblum baginda wafat, Islam ini sudah lengkap. Cakap saje, apa masalah yg xde jalan penyelesaian?dengan syarat, kembalilah kepada ayat-ayatNya dan RasulNya. 

Oooppsss.. Tapi, kadang2 sebenarnye boleh pakai gelang ni. Siapa die?
1. Gelang orang sakit kat hospital.
2. Gelang penjenayah yg dipenjarakan.
3. Gelang kaki oleh pesakit jiwa/mental.

KALAU TERINGIN SANGAT NAK PAKAI GELANG, PILIHLAH SALAH SATU EH!
*artikel ini ditujukan khas untuk adik2 lelaki ku, yang terutama yg paling ku sayang, Mohd Mu'adz bin Mustafha. udah2 le tu..


2 comments:

amal salleh said...

baik punye ayat sindir adik ye..

Anonymous said...

nanti email saya macamana nak hantar barang kat kamu. Saya nominate kamu untuk ISM student award. Email saya dekat afaiz@sarawak.uitm.edu.my

Post a Comment